Kelas Kemahiran Insaniah (Kerja Berpasukan)

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 7 Disember 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Kemahiran Insaniah iaitu ‘Kerja Berpasukan’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai salah satu elemen dalam kemahiran insaniah iaitu kemahiran kerja berpasukan.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan mengenai definsi kemahiran kerja berpasukan secara ringkas untuk pemahaman awal mereka terhadap elemen kemahiran insaniah ini. Kemudian mereka dijelaskan cara-cara untuk membentuk suatu pasukan seperti semua keputusan dibuat berdasarkan perbincangan semua ahli, setiap ahli pasukan adalah penting dan sikap mempercayai dan menghormati semua ahli kumpulan. Peserta juga diterang tentang ciri-ciri sebuah pasukan iaitu seorang ketua, membuat keputusan, matlamat, penentuan kerja, komunikasi dan kerjasama. Di samping itu, peserta turut diajar ciri-ciri kerja berpasukan, sebagai contoh perlunya ada rangkaian erat dan berkesan antara ketua dengan semua ahli dalam pasukan, menyelesaikan masalah yang dihadapi berdasarkan sepakatan antara semua ahli dan ketua dalam pasukan serta ketua dilantik keran pengalaman, kecekapan dan khidmat yang bermutu tinggi serta adil dalam membahagikan tugas kepada ahli dalam pasukan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali